http://yazidalmuari.blogspot.com
Alhamdulillah, kini hasrat untuk memiliki blog akhirnya menjadi kenyataan. Terima kasih kepada beberapa individu yang berkenaan dalam memberi asas pengetahuan untuk pembikinan blog ini. Juga kepada mereka yang tahan melayan kerenah saya dalam menyusun 'template'.
Minggu Yang Serabut.
Ya, natijah imtihan sudah beberapa hari keluar. Namun kali ini juga masih belum ada lagi istilah "kejayaan". Masih berbaki 4 madah. Mungkin belum ada rezeki lagi orang kata. Atau mungkinkah diri ini yang tidak betul-betul memerah kesungguhan yang jitu. Satu pesanan ringkas (sms) dihantar kepada orang tua saya di Malaysia. Berat untuk memberitahu secara lisan di telefon. Hasrat untuk menukar kuliah saya sampaikan. Nampaknya tiada halangan daripada mereka.
Selang beberapa hari kemudian satu sms diterima. Saya diminta pulang untuk belajar di Malaysia saja. Hati ini mula berbelah bahagi. Otak mula bercelaru berfikir itu dan ini. Serabut. Diri mula sedar belum dapat apa-apa lagi di sini. Majlis-majlis ilmu belum betul-betul saya kejar lagi. Fikah, faraid, hadith, tafsir, tauhid dan seangkatan dengannya belum saya kuasai lagi. Terasa diri ini kosong untuk terus pulang. Kosong, tiada apa-apa.
Namun saya belum punyai keputusan. Urusan pertukaran kuliah tetap saya lakukan untuk jaminan tempat saya di universiti. Sekurang-kurangnya jika memilih untuk tidak pulang, saya tidak terlepas tarikh tutup penghantaran borang permohonan. Saya bergegas ke Maktab Tansiq Universiti Al-Azhar, pusat pemprosesan pelbagai urusan universiti bagi pelajar luar negara. Saya difahamkan borang akan mula dijual pada awal September ini. Baiklah, saya punyai masa hampir 2 minggu untuk membuat keputusan. Jika memilih untuk terus di sini, saya mesti berubah. Ya, mesti! Kerana hari ini bukan semalam.
Moga diberi kesempatan lagi di sini.
Glosari :
natijah imtihan : keputusan peperiksaan
madah : subjek
Tuesday, August 19, 2008
Pelancaran Blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment